Home » , , , , , » Rahsia Steriod….Suatu Rahsia Yang Cuba DISEMBUNYIKAN Oleh Penjual Steriod Daripada Anda.

Rahsia Steriod….Suatu Rahsia Yang Cuba DISEMBUNYIKAN Oleh Penjual Steriod Daripada Anda.


Pertama kali saya menulis artikle "Kesan Buruk Penggunaan Steroid"ini adalah kerana diatas dasar keperihatinan saya terhadap masa depan anak bangsa saya yang saya cintai.

Semakin hari semakin ramai penjual steroid muncul  dan memasuki pintu-pintu Gym diseluruh Negara  mempromosikan produk-produk Steriod mereka, tanpa memperjelaskan kesan sampingan yang akan muncul secara tiba-tiba didalam hidup anda.

Matlamat mereka hanyalah untuk mengaut keuntungan , dan hanya memberitahu anda bahawa produk mereka akan menjadikan ronnie colmenotot anda membesar dengan begitu pantas sekali dan menjadikan diri anda seorang yang hebat serta gagah.

Tujuan saya menulis artikle ini bukanlah kerana saya marah dengan mana-mana penjual steroid atau cuba menutup “periuk nasi” mereka, tetapi memperjelaskan kesan sampingan  yang akan berlaku kepada pengguna steroid samada dari kesan Negatif atau dari sudut positif.

Apabila steroid dimasukan kedalam tubuh sesaorang samada melalui suntikan atau pemakanan, maka akan berlaku peningkatan yang mendadak terhadap dua hormone utama iaitu Testosterone dan Estrogen.


Terdapat banyak simtom atau kesan daripada pengambilan steroid tetapi saya hanya menyatakan beberapa simtom utama sahaja yang sering menimpa mereka yang mengambil steroid didalam dos yang tinggi  didalam sistem tubuh mereka.  Disini saya memperjelaskan beberapa KEMUNGKINAN yang akan berlaku, tetapi tidak semua orang akan mengalami kesan sampingan tersebut.

Keguguran Rambut.
Terdapat beberapa pengguna steroid  yang mengalami keguguran rambut setelah mengambil steroid didalam rutin harian mereka, sterioddan kebanyakan keguguran rambut ini berlaku adalah dari pengambilan Primabolan serta Winstrol didalam jumlah yang tinggi.

Walaupun begitu, tidak semua pengguna steroid  mengalami  keguguran rambut walaupun mereka  mengambil Primabolan Serta Winstrol didalam diet pemakanan mereka.

Gnecomastia atau Bitch Tits.
Akibat daripada tahap hormon Estrogen yang tinggi didalam badan, pengumpulan lemak akan berlaku disekitar puting dada pengguna steroid tersebut,  perubahan dibahagian dada bagaikan ciri-ciri dada seorang wanita.

Kerosakan Hati
Kebanyakan steroid  memiliki tahap toxic yang tinggi, kadar penggunaan steroid yang tinggi didalam jangka yang lama akan memeberi kesan keatas kesihatan organ dalaman terutama hati.

Acne atau Jerawat.
Kebanyakan pengguna  steroid akan mengalami pertumbuhan jerawat dibahagian muka dan juga di badan, ini adalah kerana  tubuh sreriod1pengguna steroid tersebut cuba menolak steroid tersebut, maka terbentuknya bacteria dibahagian kulit dan menyebabkan Acne atau jerawat timbul dibahagian permukaan kulit.

Pengecutan Buah Zakar.
Kebiasaanya pengecutan buah zakar berlaku adalah daripada penggunaan steroid yang memiliki tahap testosterone yang tinggi, dan terdapat pengguna steroid yang mengalami kesukaran untuk mandapatkan ereksi apabila penggunaan steroid yang terlalu tinggi kandunganya didalam badan.

Gangguan Emosi
Penggunaan steroid yang memiliki tahap androgenic yang tinggi seperti Dianabol, Anabol serta Sustanon, ada memberi kesan yang agresif kepada sesetengah pengguna steroid, dimana mereka mudah menjadi marah serta panas baran. Tetapi tidak semua pengguna steroid memiliki simtom tersebut.

Kesan Positif hasil daripada penggunaan steroid.

Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan steroid  yang memiliki tahap Testosterone serta Androgenic yang tinggi, dapat meningkat saiz pembesaran otot dengan pantas.berbanding mereka yang tidak menggunakan steroid.

Peningkatan aktiviti seksual juga dirasakan, bagi pengguna steroid,dimana mereka yang didapati menghadapi masalah lemah tenaga batin mendapati kekuatan seksual mereka juga meningkat.

Satu lagi kesan positif daripada penggunaan steroid adalah, tahap kekuatan pengguna steroid naik begitu mendadak sekali, dimana mereka mampu untuk mengangkat bebanan yang lebih berat daripada biasa serta tahap recovery (pemulihan) bagi pengguna steroid juga didapai lebih pantas.

Saya berharap maklumat daripada arikle diatas dapat memberi sedikit pencerahan serta kefahaman kepada anda mengenai kesan penggunaan steroid, dan sila kongsikan maklumat diatas kepada rakan-rakan anda


0 Comments
Tweets
Komentar

0 comments:

Post a Comment

Sertai Kami

Facebook  Twitter  Instagram
Powered by Blogger.