Kejohanan Bina Badan - Muscle Malaya 2014

Kejohanan Bina Badan - Muscle Malaya 2014


SYARAT PENYERTAAN :
  1. Terbuka kepada semua atlet bina badan lelaki sahaja.
  2. Hanya terbuka kepada warganegara MALAYSIA dan perlu membawa kad pengenalan semasa pendaftaran.
  3. Yuran penyertaan sebanyak RM 50 bagi kategori BODY SMART dan BODYBUILDING .
  4. Yuran penyertaan untuk kategori OPEN sebanyak RM 80 bagi peserta individu RM 100 bagi mewakili GYM .
  5. Peserta layak mendaftar tidak melebihi 2 kategori .
  6. Setiap pendaftaran layak menerima secara PERCUMA:
  • SATU pass masuk
  • SIJIL Penyertaan hanya diberikan pada peserta yang mendaftar secara online.
  • Sehelai T-SHIRT MUSCLE MALAYA 2014 (terhad kepada pendaftaran online sahaja).
  • Air Mineral hanya diberi pada hari melapor diri (JUMAAT 12.12.2014) timbang dan ukur.
  • Bagi kategori BODY SMART pemakaian seluar pendek paras lutut BERMUDA @ 3⁄4 (three-quarter)
  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kematian, kerosakan yang berkaitan dengan penyertaan peserta pertandingan ini
 Hadiah yang ditawarkan adalah seperti jadual dibawah:

Pendaftaran telah dibuka sekarang.
Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor telefon tertera

Menu Diet: Sandwich Kacang Panggang


Menu Sihat Abam SADO - Sandwich Kacang Panggang

1 tin Kacang Panggang (tak kisah jenama apa)
1/2 biji Lada Banggala (di dadu kecil)
2 biji bawang holand (di dadu kecil)
10 biji cili padi (dihiris nipis)
11/2 biji tomato (di dadu kecil)
1 biji limau nipis (diperah)
sedikit daun pasli (jika suka)
2 keping roti gardenia whole wheat (plastik hijau)

Cara-cara
1. Panaskan kacang panggang dan masukan ke dalam mangkuk
2. masukan semua bahan (lada bangala , bawang holand, cili padi, tomato dan daun pasli) dalam mangkuk yang berisi kacang panggang yang telah disejukan.
3. perahkan limau nipis dan kacau sehingga sebati.
4. Letakan atas roti dan sedia untuk dimakan

SELAMAT MENCUBA

Muhammad Mustaqim Omar


MAKLUMAT DIRI
Nama: Muhammad Mustaqim Omar
Tarikh Lahir : 1/6/1992
Umur : 22
Tinggi : 173
Berat : 64 KG
Saiz Pinggang : 32
Saiz Baju : M
Saiz Kasut : 7
Berasal Dari: Kelantan
Kini Menetap Di: Kelantan







Piratess Challenge - Banch Press Di Piratess Fitness Batu Belah


Pada 20 Ogos yang lalu, bertempat di Pirates Fitness Cawangan Batu Belah, Klang berlangsungnya satu pertandingan yang menguji kekuatan, keupayaan dan kemampuan ahlinya.

Pihak pengajur telah mengadakan pertandingan "Bench Press" dengan dibahagikan kepada beberapa kategoriberikut.

1. 65kg ke bawah 
2.65.1 ~ 75Kg
3. 75.1~85kg 
4. 85 kg ke atas

 Seramai 15 peserta telah mengambil bahagian pada hari terebut dan rekod baru telah dicipta.

1. Peserta dalam kategori 65 kg ke bawah telah berjaya mengangkat bebanan seberat 65kg termasuk bar dan telah dimenangi oleh  Tengku Amiruddin
2. Peserta dalam kategori 65.1~75 kg telah berjaya mengangkat bebanan seberat 80 kg termasuk bar dan telah di menangi oleh Aznie
3. Peserta dalam kategori 75.1~85  kg telah berjaya mengangkat bebanan seberat 130 kg termasuk bar dan telah dimenangi oleh Hadfiz Kamaruddin
4. Peserta dalam kategori 85 kg ke atas telah berjaya mengangkat bebanan seberat 120 kg termasuk bar dan telah dimenangi oleh Ridzwan

Setiap Peserta yang menang bagi setiap kategori yang dipertandingkan telah memenangi "Free Membership" selama sebulan

Berikut adalah detik detik manis ketika pertandingan berlangsung.













Muz Zainal



MAKLUMAT DIRI
Nama: Muz Zainal
Tarikh Lahir : 5/7/1990
Umur : 24 Tahun
Tinggi : 177cm
Berat : 62kg
Saiz Pinggang : 32
Saiz Baju : M
Saiz Kasut : 8
Berasal Dari: Terengganu
Kini Menetap Di: Selangor

Facebook: Klik >> SINI <<











Mohd Shafiq Firdaus Bin Zulkipli



MAKLUMAT DIRI
Nama: Mohd Shafiq Firdaus Bin Zulkipli
Tarikh Lahir: 18/11/1988
umur: 26 Tahun
Tinggi: 173cm
Berat: 78kg
Saiz Pinggang 33
Saiz Baju: M
Saiz Kasut: 7
Berasal dari: Kelantan
Menetap Di: Kelantan

PENGALAMAN:
Tidak pernah menyertai mana mana pertandingan
Tidak pernah menjadi Model / Duta / Pelakon mana mana syarikat








Rahsia Steriod….Suatu Rahsia Yang Cuba DISEMBUNYIKAN Oleh Penjual Steriod Daripada Anda.


Pertama kali saya menulis artikle "Kesan Buruk Penggunaan Steroid"ini adalah kerana diatas dasar keperihatinan saya terhadap masa depan anak bangsa saya yang saya cintai.

Semakin hari semakin ramai penjual steroid muncul  dan memasuki pintu-pintu Gym diseluruh Negara  mempromosikan produk-produk Steriod mereka, tanpa memperjelaskan kesan sampingan yang akan muncul secara tiba-tiba didalam hidup anda.

Matlamat mereka hanyalah untuk mengaut keuntungan , dan hanya memberitahu anda bahawa produk mereka akan menjadikan ronnie colmenotot anda membesar dengan begitu pantas sekali dan menjadikan diri anda seorang yang hebat serta gagah.

Tujuan saya menulis artikle ini bukanlah kerana saya marah dengan mana-mana penjual steroid atau cuba menutup “periuk nasi” mereka, tetapi memperjelaskan kesan sampingan  yang akan berlaku kepada pengguna steroid samada dari kesan Negatif atau dari sudut positif.

Apabila steroid dimasukan kedalam tubuh sesaorang samada melalui suntikan atau pemakanan, maka akan berlaku peningkatan yang mendadak terhadap dua hormone utama iaitu Testosterone dan Estrogen.


Terdapat banyak simtom atau kesan daripada pengambilan steroid tetapi saya hanya menyatakan beberapa simtom utama sahaja yang sering menimpa mereka yang mengambil steroid didalam dos yang tinggi  didalam sistem tubuh mereka.  Disini saya memperjelaskan beberapa KEMUNGKINAN yang akan berlaku, tetapi tidak semua orang akan mengalami kesan sampingan tersebut.

Keguguran Rambut.
Terdapat beberapa pengguna steroid  yang mengalami keguguran rambut setelah mengambil steroid didalam rutin harian mereka, sterioddan kebanyakan keguguran rambut ini berlaku adalah dari pengambilan Primabolan serta Winstrol didalam jumlah yang tinggi.

Walaupun begitu, tidak semua pengguna steroid  mengalami  keguguran rambut walaupun mereka  mengambil Primabolan Serta Winstrol didalam diet pemakanan mereka.

Gnecomastia atau Bitch Tits.
Akibat daripada tahap hormon Estrogen yang tinggi didalam badan, pengumpulan lemak akan berlaku disekitar puting dada pengguna steroid tersebut,  perubahan dibahagian dada bagaikan ciri-ciri dada seorang wanita.

Kerosakan Hati
Kebanyakan steroid  memiliki tahap toxic yang tinggi, kadar penggunaan steroid yang tinggi didalam jangka yang lama akan memeberi kesan keatas kesihatan organ dalaman terutama hati.

Acne atau Jerawat.
Kebanyakan pengguna  steroid akan mengalami pertumbuhan jerawat dibahagian muka dan juga di badan, ini adalah kerana  tubuh sreriod1pengguna steroid tersebut cuba menolak steroid tersebut, maka terbentuknya bacteria dibahagian kulit dan menyebabkan Acne atau jerawat timbul dibahagian permukaan kulit.

Pengecutan Buah Zakar.
Kebiasaanya pengecutan buah zakar berlaku adalah daripada penggunaan steroid yang memiliki tahap testosterone yang tinggi, dan terdapat pengguna steroid yang mengalami kesukaran untuk mandapatkan ereksi apabila penggunaan steroid yang terlalu tinggi kandunganya didalam badan.

Gangguan Emosi
Penggunaan steroid yang memiliki tahap androgenic yang tinggi seperti Dianabol, Anabol serta Sustanon, ada memberi kesan yang agresif kepada sesetengah pengguna steroid, dimana mereka mudah menjadi marah serta panas baran. Tetapi tidak semua pengguna steroid memiliki simtom tersebut.

Kesan Positif hasil daripada penggunaan steroid.

Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan steroid  yang memiliki tahap Testosterone serta Androgenic yang tinggi, dapat meningkat saiz pembesaran otot dengan pantas.berbanding mereka yang tidak menggunakan steroid.

Peningkatan aktiviti seksual juga dirasakan, bagi pengguna steroid,dimana mereka yang didapati menghadapi masalah lemah tenaga batin mendapati kekuatan seksual mereka juga meningkat.

Satu lagi kesan positif daripada penggunaan steroid adalah, tahap kekuatan pengguna steroid naik begitu mendadak sekali, dimana mereka mampu untuk mengangkat bebanan yang lebih berat daripada biasa serta tahap recovery (pemulihan) bagi pengguna steroid juga didapai lebih pantas.

Saya berharap maklumat daripada arikle diatas dapat memberi sedikit pencerahan serta kefahaman kepada anda mengenai kesan penggunaan steroid, dan sila kongsikan maklumat diatas kepada rakan-rakan anda


Pirates Challenge - Bench Press Di Pirates Fitness Seri Serdang


Pada 13 Ogos yang lalu, bertempat di Pirates Fitness Cawangan Seri Serdang berlangsungnya satu pertandingan yang menguji kekuatan, keupayaan dan kemampuan ahlinya.

Pihak pengajur telah mengadakan pertandingan "Bench Press" dengan dibahagikan kepada beberapa kategoriberikut.

1. 65kg ke bawah 
2.65.1 ~ 75Kg
3. 75.1~85kg 
4. 85 kg ke atas

 Seramai 15 peserta telah mengambil bahagian pada hari terebut dan rekod baru telah dicipta.

1. Peserta dalam kategori 65 kg ke bawah telah berjaya mengangkat bebanan seberat 80kg termasuk bar dan telah dimenangi oleh Zulfahmy B Zulkiflee
2. Peserta dalam kategori 65.1~75 kg telah berjaya mengangkat bebanan seberat 110 kg termasuk bar dan telah di menangi oleh En. Hamidi
3. Peserta dalam kategori 75.1~85  kg telah berjaya mengangkat bebanan seberat 100 kg termasuk bar dan telah dimenangi oleh Mr. Devaraj A/L Sekaran
4. Peserta dalam kategori 85 kg ke atas telah berjaya mengangkat bebanan seberat 120 kg termasuk bar dan telah dimenangi oleh Mr. Naraenthran

Setiap Peserta yang menang bagi setiap kategori yang dipertandingkan telah memenangi "Free Membership" selama sebulan

Berikut adalah detik detik manis ketika pertandingan berlangsung.










Sertai Kami

Facebook  Twitter  Instagram
Powered by Blogger.